Font Size

SCREEN

Profile

W3C
Bagaimanakah cara memohon masuk belajar di kolej komuniti ?

Ada 3 kaedah memohon menjadi pelajar sepenuh masa kolej komuniti.Anda bebas memilih mana-mana satu kaedah.
1   Permohonan melalui UPU secara ONLINE.     Iklan kemasukan dikeluarkan dalam akhbar pada awal tahun. Tempoh membuat permohonan adalah dari bulan Januari hingga April.      Pemohon perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu dari Bank Simpanan Nasional dengan harga RM 10.60.      Pemohon perlu melayari    www.upu.mohe.gov.my     Penuhkan data permohonan. Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara ONLINE
2    Permohonan secara ONLINE melalui e-pengambilan kolej komuniti pada link berikut :
 
3   Secara Datang Sendiri (walk-in)     Kami juga menerima pemohon-pemohon yang datang secara peribadi  ke Kolej Komuniti Jerantut, Jalan Jerantut-Temerloh,   27000 Jerantut, Pahang.Tel:09-2662945

Adakah Kolej Komuniti sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta?

Tidak. Kolej Komuniti adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Apakah kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti?

Kolej Komuniti menawarkan 3 jenis kursus:
Kursus Jangka Pendek, Kursus Sijil Modular Kebangsaan, dan SIJIL KOLEJ KOMUNITI.
Kursus Jangka Pendek adalah kursus yang relevan dengan kehendak komuniti setempat seperti kursus masakan, menjahit, baik pulih perkakasan elektrik, pastri, bahasa, rekreasi, baik pulih rumah, penjagaan kesihatan, dan lain-lain lagi. Senarai dan jenis kursus yang ditawarkan antara kolej-kolej komuniti mungkin berbeza bergantung kepada keperluan semasa dan permintaan penduduk setempat. Kursus masakan, pastri, dan menjahit masih kekal sebagai kursus paling diminati antara semua kursus yang ditawarkan.

Kursus Sijil Modular Kebangsaan pula adalah kursus sepenuh masa yang ditawarkan oleh kolej komuniti kepada sesiapa sahaja ahli komuniti yang berminat untuk mempelajari kemahiran dan latihan dalam bidang-bidang seperti penyaman udara, pastri, jahitan dan fesyen, pelukis pelan, perakaunan perniagaan , pelancongan, dan lain-lain. Walaupun kursus SMK ini lebih banyak diambil oleh remaja lepasan sekolah menengah namun kami juga mendapat kemasukan daripada bakal-bakal pesara tentera, polis, dan pekerja-pekerja syarikat kecil.

Kursus SMK berjalan diantara 3 bulan hingga 6 bulan, dan ahli komuniti perlu melihat dahulu senarai bidang SMK yang ditawarkan di sesebuah kolej komuniti kerana jenis kursus yang ditawarkan adalah tertakluk kepada lokasi kolej komuniti.

Kursus SIJIL KOLEJ KOMUNITI adalah kursus sepenuh masa 18 hingga 24 bulan  bagi 4 bidang latihan yang ditawarkan di kolej komuniti terpilih.

Apakah perbezaan di antara Sijil Kolej Komuniti dengan Sijil Modular Kebangsaan (SMK)?

  • Sijil Kolej Komuniti (SMK) adalah sijil yang dikeluarkan kepada pelajar-pelajar yang menamatkan kesemua kursus-kursus yang telah ditentukan bagi sesuatu program itu.
  • Tempoh pengajian adalah 18 ke 24 bulan secara sepenuh masa. 
  • Sijil ini memenuhi piawaian  JPA/ MQA. Pelajar perlu lulus semua matapelajaran berkaitan. Untuk layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti (SKK) pelajar tersebut mestilah LULUS SPM.
  • Sijil Modular Kebangsaan (SMK) pula adalah sijil yang dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan kursus kemahiran dalam sesuatu bidang.  Sebagai contoh, Servis Kenderaan di sediakan dalam 5 topik utama yang dipanggil sebagai modul , iaitu  modul Penyelanggraan Kenderaan, modul Imbang dan jajar Roda, modul Sistem Gantungan , Stereng dan Brek, dan modul Sistem Transmisi, dan modul Rombak Rawat Engin. Setiap pelajar akan menerima Sijil Modular Kebangsaan bagi setiap modul yang berjaya disiapkan.  Jika seorang pelajar itu menamatkan kesemua 5 modul Servis Kenderaan dia akan menerima 5 sijil SMK.

Adakah Sijil Kolej Komuniti diiktiraf ?

Ya! Sijil Kolej Komuniti diiktiraf oleh JPA/ MQA

Sijil Modular Kebangsaan pula sedang dalam proses pengiktirafan.
Sijil Modular Kebangsaan adalah sijil pengesahan kemahiran (terampil).

Berapa lama tempoh pengajian di Kolej Komuniti ?

Tiada tempoh maksimum pengajian di Kolej Komuniti.
Tempoh pengajian bagi satu Kursus Modular (SMK) adalah diantara 3-6 bulan (bergantung kepada jenis SMK).
Anda boleh mengambil apa sahaja kursus modular yang anda mahu. Dan anda boleh tukar-tukar bidang pada bila-bila semester.

Bagi mereka yang mengambil kursus SKK, tempoh pengajian adalah antara 18 hingga 24 bulan (sekiranya lulus semua matapelajaran tanpa ulang semester).

Berapakah yuran yang dikenakan ?

 

Yuran RM10.00 sebulan dikenakan bagi setiap tempoh pengajian Sijil Modular Kebangsaan (SMK).

 

Adakah penginapan pelajar disediakan ?

Tiada penginapan. Walaubagaimanapun, pihak kolej boleh membantu pelajar mencari rumah sewa berdekatan.

Bagaimana pengajian di Kolej Komuniti dijalankan?

Pengajian dijalankan dalam bentuk teori dan latihan praktikal.

Apa peluang kerja lulusan Kolej Komuniti ?

Lulusan Kolej Komuniti boleh bekerja di sektor Awam* (kerajaan), swasta, atau bekerja sendiri (usahawan) selepas tamat pengajian

* Bagi pemegang Sijil Kolej Komuniti sahaja. Lulusan Sijil Modular tidak layak memohon kerja di sektor awam.

Hubungi Kami

Kolej Komuniti Jerantut
Taman Wawasan,
Jalan Jerantut-Temerloh
27000 Jerantut Pahang
 Emel:kkjerantut(at)gmail(dot)com
Tel : 09-266 2945
Faks : 09-266 2946 

Statistik Pelawat

Hari ini0
Semalam7
Minggu ini53
Bulan ini7
Keseluruhan23284